Friday, April 9, 2010

Asas Mengajar Pertuturan

Asas Mengajar Pertuturan

1. Tunggu hingga anak sebut sesuatu ( nak/air/tu ) sebelum beri apa yang diminta. Jangan terlalu cepat beri.

2. Ajar perkataan mudah ( bye bye, hai, hello, jom, habis )

3. Kurangkan tempoh menonton tv. Tv tidak menggalakkan komunikasi 2 hala.

4. Beri pilihan. " adik nak oren ke, nak apple?" " nak naik motor ke, nak naik kereta?"

5. Ajar bunyi-bunyi mudah seperti " miaw" (kucing), "eeii" (busuk), "shhh" (diam), "nyam nyam" (sedap), "brum brum" (kereta)

6. Ajar tunjuk anggota badan. ( ni mata ibu, ni mata adik...mana mata?)

7. Luangkan masa untuk bermain dengan anak. Sambil bermain, bercerita dan bercakaplah dengannya. JANGAN asyik tanya 'ni apa?' 'tu apa?', dan JANGAN asyik suruh anak tiru sebut 'sebut BOLA, sebut BO, LA, BOLA!' Lama- lama, anak tak mahu lagi main bersama dengan orang dewasa. Teknik ini tidak berkesan untuk mengajar anak bercakap.

8. Tambah kos akata dengan menggunakan gambar yang ditampal di dinding, atau menggunakan katalog barang-barang supermarket.

No comments:

Post a Comment