Sunday, April 11, 2010

Dear Hubby

Assalamualaikum,

Kali nie dapat update di awal pagi ketika anak-anak sedang enak dibuai mimpi. Tak pernah ummi berblogging diwaktu sebegini, mata belum mengantuk lagi. Apa yang ingin ummi luahkan di sini, sejak akhir-akhir ini abi terlalu dibebani dengan kerja yang banyak. Akaun dah close hujung bulan Mac lalu, maka sekarang dok pulun wat penilaian anak buah. Huuuu sungguh memenatkan. Kerja dibawa balik ke rumah. Buat kerja hingga lewat malam, besok pagi nak pegi keje pulak.

Sebagai isteri, ummi cukup dan cuba untuk memahami situasi abi. Di tambah pulak org penting akan meninggalkan tempat kejenya x lama lagi, so secara x langsung, tanggungjawab itu mungkin akan dipikul oleh abi buat sementara waktu. Tak cukup rehat suamiku ini.

Apapun ummi bersyukur kerana dalam kesibukkan abi bekerja, ada jugak masa terluang bersama kami sekeluarga. Anak-anak bila tahu abi mereka pulang, terus sambut kepulangan abi dengan ceria. Happy jumpa abi gamaknya. Si abang pun kini rapat benar dengan abi, sering ajak abi bermain bola. Tak terkecuali si adik pun tumpang sekaki.

Malam ini, ummi sendirian dengan anak-anak. Siang tadi, abi dah keje, malam nie masuk keje lagi. Besok pulak pegi jugak coz banyak report yang nak kena submit isnin nanti. Aduhai, kasihan hubby, tido x cukup, dalam fikiran asyik ingat keje saja. Umur muda lagi tapi uban sudah ada. Huuuuu

2 comments:

  1. alhamdulillah.. dianugerahkan cahaya mata yg menjadi penawar hati.. salam kenal!

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah. tq ummumishkah..

    ReplyDelete