Wednesday, July 14, 2010

Result

Alhamdulillah selepas appointment terpaksa dipinda, akhirnya hari nie hubby aku dpt cuti. So pepagi siapkan anak2 utk ke hospital. Kesian kat diaorg sbb kena mandi pagi2. Sampai hosp pukul 9pg, org dah ramai. Amik no giliran dapat no 80. huhuhu mau sampai tengahari nie. Tapi nak buat macam mana, kena tunggu jugak lah.

Dalam dok tunggu tu, ammar sakan dok main berlari ke sana ke mari. Mata aku x boleh lepa dr awasi gerak geri dia. Faham2 je lah time org ramai nie, anak2 mmg kita x boleh lepa. Dia bukannya nak duduk diam, nak xnak aku lepaskan jugak. Afiq tido pada 2 jam pertama. Alhamdulillah x lah susah aku nak awasi ammar. Tak lama lepas tu, afiq pun wake up so nak main sama. Dah x mo dok dalam stroller dah.

Pukul 12.30 baru sampai giliran ammar. Ingatkan jumpa doktor pakar tapi pegawai perubatan. Tak ape lah. So aku diberitahu tentang result ujian darah+urine 3 bulan lepas. ALHAMDULILLAH semuanya ok.+normal. Tapi pihak KL mintak nak buat ujian darah lagi. Aku dah lupa ape sebabnya. Sekarang nie aku memang cepat lupa. Huhuhu umur belum masuk 30 dah jadi pelupa...

So selesai di bilik pegawai perubatan, kami ke bilik rawatan untuk amik darah ammar. Aku mintak hubby masuk coz aku tahu ammar mesti meraung punya. Tak sanggup aku nak tengok, kang x pasal2 ade adegan airmata pulak. Tapi hubby pun kena kuar gak, so hanya misi je ade kat dlm bilik tu. Dari luar jelas kedengaran tangisan ammar. Kesiankan anak sekecil tu, kena amik darah memang dia x mo la. Kalau x silap sampai 3 org misi yg ade dlm bilik tu. Misi kata, dia kuat, so kalau sorang memang x boleh nak pegang dia.

Keluar dari bilik pun menangis lagi, tambah2 kuat bila dia nampak misi yang amik darah dia tu. Siap tunjuk2 tangan lagi kat misi tu (marah barangkali). Menangis sambil dok tunjuk tangan yang berbalut dgn kapas. Mulut dok ngadu adoi adoi.. Ummi tahu sakit, tapi nak buat macam mana, kena ikut prosedur la sayang.. Dalam kereta pun dok ngadu lagi sampai tertidur. Kesian kat ammar. So 2 bulan lagi akan tahu result ujian darah yang baru pulak. Bulan puasa pulak tu.. Huuuuu

Thursday, July 1, 2010

Tambah Lagi

Entah mengapa sejak dua menjak ini, hati rasa semacam je. Inginkan sesuatu yang masih belum dicapai lagi. Apa benda tu?????

Aku nak baby lagi. YES!!! Itulah yang aku rasakan kini. Bila tengok baby orang lain, huuu terasa nak lagi alami detik indah itu. Tapi kali ini, jika diizinkan Allah, aku mahukan baby perempuan pulak. Bukan apa, geram tengok kat shopping complex, banyak baju2 utk baby girl. Cantik2..Geram aku.

Hasrat belum disampaikan lagi kepada en hubby. Tapi rasanya belum ready lagi kot sebab yang 2 org nie pun masih belum stabil lagi. Namun aku yakin akan setiap anak, ada rezekinya. X sabar nie. Next year la kot ye..:P