Terlalu pantas masa berlalu hinggakan tidak sedar kini anak ku sudah besar. Adik kini begitu cergas dan ligat. Masih bergerak dengan 4 kaki. Huuuuu cepat jalan ye sayang, ummi x larat dukung adik dah.
Kini sudah ader 5 batang gigi (3 atas, 2 bawah). Kekadang suka menggigit, geram la kot. Aktiviti sekarang kalau jumpa orang yg lebih kecil dr dia - membuli. Habis sepupu2nya jadi mangsa, tak terkecuali abang Ammar. Kesian ummi tgk, adik suka tepuk2 kepala abang. Si abang x melawan plak tu. Aduhai....(kkdg abi+ummi pun jadi mangsanya..)
Ummi doakan semoga adik menjadi anak yang soleh. Jadilah seorang hamba yang mentaati perintah-Nya dan jauhilah segala larangan-Nya. Semoga panjang umurmu, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat.
~ Abi, Ummi, Abang sayang Adik ~