Saturday, August 7, 2010

Kuih Serimuka - Gula Merah

Projek petang semalam, aku try buat kuih serimuka gula merah. Nak buat yang hijau, daun pandan pulak x ada. Ini kali ke2 aku try buat. 1st time buat minggu lepas, x menjadi sebab tersilap sukatan tepung. Hahaha biasalah nama pun baru belajar so memang banyak lah kesilapan dan kekurangannya.


Alhamdulillah kali menjadi lah, yang bahagian atas saja lebihkan sikit gula pasir+gula merah. Kalau manis sangat, lain kali boleh kurangkan sikit. Bukan apa takut tawar pulak nanti, x ada sapa pulak nak bagi perabih.


Ammar just excited masa nak potong kuih nie je, tapi masa ummi nak suap ke mulut dia, terus paling muka. Budak nie memang susah kalau nak disuruh makan, puas dipaksa baru makan. Afiq plak memang ummi bagi makan yang bahagian atas je, pulut memang x berani nak bagi lagi sebab umo pun baru setahun lebih kan. Budak nie pun sama sepesen macam abang dia jugak. Makan sikit je. Kesudahannya ummi dgn abi la yang kena perabih kuih nie.





Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam



Cara

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.



Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
1 sudu kecil garam



Cara

1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.



*suma sukatan nie aku jadikan separuh sukatan. kalau ikut sukatan sebenar banyak pulak, jenuh la nak kena habis kan.

Thursday, August 5, 2010

Cerita- Ceriti

Hahaha kita gelak dulu k...Mood mengupdate blog nie ade pasang surutnya. Kejap tenggelam kejap timbul. Entah kenapa hari nie aku terlajak rajin untuk membebel kat blog yang dah lama sunyi sepi. Walaupun ku tahu, entah ade entah tidak orang yang sudi bertamu di rumahku ini. Huuu bunyi macam orang merajuk je.

Apa citer sekarang?? Hihihi x ade ape2 yang menarik pun tentang aku. Still berempat k. Belum ade tanda2 untuk menambah ahli keluarga buat masa ini. Tak tahu lah dus-tiga bulan lagi, rezeki Allah, siapa tahu kan. Oh ya bercerita tentang hal nie, ada satu hari tu, aku cuba bincang dengan en hubby pasal nak tambah ahli keluarga. agak sedih jawapan yang diberi. En hubby not ready lagi lah. Sesekali ada gak dia cakap cukup lah dua orang. Arghhh hati aku sedikit memberontak sebab aku memang nak anak lagi. Kalau boleh nak merasa lah timang baby girl pulak. Jeles la my twin dapat anak perempuan. Huhuhu lagipun baju utk baby girl banyak pilihan. Cantik2, pink je....

Dua beradik tu sekarang memang cukup aktif. Kerja mereka sepahkan rumah. Keluarkan apa yang ade dalam kabinet tv, laci, terbalikkan kerusi. Haiya mau pening kepala ummi hari2 macam ini tau. Kekadang bila aku tinggal baring kat bilik, eee tido je keje ummi diaorg nie, dengar gelak tawa si abang dgn si adik. Tapi endingnya pasti salah sorang akan menangis. Entah apa yg diaorg main, aku pun x tahu...Sesekali kena monitor gak, x leh biar terus, kang entah apa2 lagi yang dibuatnya. Takut buat adegan2 yang boleh membahayakan diri. Budak2 lah katakan.

Cukup setakat ini dulu, nanti bila ade mood nak cerita, aku akan conteng di blog kesayangan hamba ini ye. - Sedang menunggu en hubby pulang dari keje, katanya lewat sikit. Ha'ah ye la sikit, entah2 pukul 12 tgh mlm sat gi baru sampai rumah.

Kembali

Now my blog dah kembali seperti sediakala. huhuhu kena tukar template lain lah plak. So hentam je lah sebab kesuntukan masa. Tak ade masa nak google template yang cantik2. Yang nie pun kira cantik gak. Ade secawan kopi. Sedap tu....

Ok2 aku dah melalut ke mana entah. Perut pun dah lapar - belum makan malam lagi nie. En hubby balik lewat katanya. Huwaaaaa

WHY???????

Aikkkk nape blog aku kaler hitam nie???Adoiiii sebab lama x update kot so dia merajuk la tu..

Haiyaaaaa