Monday, May 24, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang

Alhamdulillah bersyukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan untuk aku bernafas di bumi-Mu ini. Dasn aku bersyukur kerana hari ini, genap setahun umur putera keduaku, AHMAD AFIQ.

Terlalu pantas masa berlalu hinggakan tidak sedar kini anak ku sudah besar. Adik kini begitu cergas dan ligat. Masih bergerak dengan 4 kaki. Huuuuu cepat jalan ye sayang, ummi x larat dukung adik dah.

Kini sudah ader 5 batang gigi (3 atas, 2 bawah). Kekadang suka menggigit, geram la kot. Aktiviti sekarang kalau jumpa orang yg lebih kecil dr dia - membuli. Habis sepupu2nya jadi mangsa, tak terkecuali abang Ammar. Kesian ummi tgk, adik suka tepuk2 kepala abang. Si abang x melawan plak tu. Aduhai....(kkdg abi+ummi pun jadi mangsanya..)

Ummi doakan semoga adik menjadi anak yang soleh. Jadilah seorang hamba yang mentaati perintah-Nya dan jauhilah segala larangan-Nya. Semoga panjang umurmu, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat.



~ Abi, Ummi, Abang sayang Adik ~

2 comments:

  1. SELAMAT HARI LAHIR..untuk sicomel afiq..dah besar anak ummi..afiq bukan buli abang tu..tapi..bergurau..seab sayangkan abang..
    semoga afiq menjadi anak yang solleh..dan taat suruhan tuhan juga pada abi dan ummi..

    ReplyDelete
  2. terima kasih auntie erna. ha'ah btl gak kata akak tu. nak ajak abang main tp x reti nak bgth..hehe

    insyaallah itulah harapan abi dan ummi. AMIN.

    ReplyDelete